Mengenai Pengasas

Mok Yong Yaw adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Gnosis Hearing dan juga audiologis kanan. Beliau menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Ijazah Sarjana Muda Audiologi (Kepujian) pada tahun 2000. Pengkhususan beliau ialah dalam audiometri pertuturan dan pemasangan alat bantu pendengaran dan kaunseling. Selepas tamat pengajian, beliau bekerja sebagai audiologis di Siemens Medical Instruments Pte Ltd dari tahun 2000 hingga 2003. Beliau juga merupakan seorang penyelia klinikal sambilan di UKM Audiology Clinic pada tahun 2001 – 2005. Pada tahun 2008, beliau memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Melbourne. Kini, beliau adalah berpejabat di ibu pejabat 20dB di Kuching.