Penilaian Pendengaran untuk Orang Dewasa

Audiometri Nada Tulen

Ujian ini merupakan ujian pendengaran utama bagi menentukan bunyi yang paling lembut yang boleh didengar oleh seseorang merentasi frekuensi pertuturan (250-8000 Hz).Dalam ujian ini, pesakit dikehendaki untuk bertindak balas apabila dia mendengar nada dengan menekan butang atau mengangkat tangan. Ujian secara menyeluruh adalah dijalankan dengan menggunakan fon kepala dan konduktor tulang. Tahap, jenis, dan konfigurasi kehilangan pendengaran dapat dikenalpasti berdasarkan keputusan yang diperolehi dan ini juga membolehkan diagnosis dan pengurusan dilakukan.

Saringan Pendengaran Industri

Saringan pendengaran industri adalah merupakan ujian pendengaran bagi pekerja industri yang berulang kali terdedah kepada bunyi yang kuat. Ujian ini memerlukan mereka untuk bertindak balas apabila mendengar nada dengan menekan butang atau mengangkat tangan Ujian ini bagi mengenalpasti tahap dan konfigurasi kehilangan pendengaran. Ianya amat berguna untuk mengesan tanda-tanda awal kehilangan pendengaran akibat bunyi bising, mengkaji keberkesanan program pemuliharaan pendengaran,
dan memfailkan tuntutan kehilangan upaya bersama PERKESO.

Ujian Pertuturan

Semasa ujian pertuturan, audiologis akan merekodkan keupayaan untuk mengulangi kembali kata-kata dengan betul pada tahap kenyaringan yang selesa. Ujian pertuturan akan dikendalikan dalam bahasa utama pelanggan, sama ada dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Mandarin.

e-Newsletter Sign Up!

Subscribe to 20dB e-Newsletter to stay up to date with the
latest promotions, events and many more!